
[Senyuman Palsu]
Mood untuk meng'update' blog semakin hilang ditiup angin. Ye. Ditup angin. Rumah aku ditingkat 12, so agak berangin di kala petang mahupun malam. Mungkin angin itu telah meniup pergi semangat berblogging aku. [Mula-mula dah merepek.Memang tension gila nampaknya Hanim ni.]. Owh ya, sekarang Shah Alam agak berjerebu. Tengah hari tadi semasa mahu keluar ke Pejabat Pos untuk mengepos Cute Brooch yang telah ditempah oleh Fatin, pandangan aku agak kabur. Baru aku sedar. Jerebu rupanya. Serta merta aku sukar untuk bernafas. [Ceh!]
Hidup aku sekarang seperti terumbang-ambing je. Macam tak terurus lansung. Ok. Tidak terurus yang aku maksudkan bukanlah sampai tak mandi dan tak makan seharian. Mungkin kerana kelas yang hanya 2 kali seminggu menyebabkan jadual harian aku seperti tidak terurus. Kalau dulu 1 minggu jadual aku dipenuhi kelas. Tapi sekarang??Aku TENSION! Mungkin ada yang sudah tahu antara sebab aku tension adalah kerana sketches yang diberi lect. pada Selasa minggu lepas yang masih tiada perkembangannya. Seperti mahu meletup badan ni memikirkan idea! Akhirnya, setelah memegang pensil 2B dan memandang layout pad selama beberapa minit aku mengambil keputusan untuk melayan game Sushi No Suki di FaceBook! Arggh!
Esok aku ada kelas pukul 2 pm. Huh! Nak tak nak aku terpaksa pergi juga. Entah berapalah pointer yang akan aku dapat untuk sem ni. Aku rasa macam teruk je. Semangat hilang!
Gudnite guys =D




0 comments:
Post a Comment