Tuesday, July 14, 2009

Pergi Kelas Menggedik!

Ok. Disebabkan ini blog sendiri, makanya kenelah dimulakan dengan muka tuan punya blog ni. Walaupun aku tau ada yang nak muntah tengok muka aku, aku redha je. Hahaha! Hari ini paras tekanan aku menurun sedikit, tapi masih ada ya kawan-kawan. Kepala agak pening-pening lalat hari ini. Mungkin kerana angin dah naik ke kepala sebab puasa tadi. Dan, untuk pengetahuan anda-anda, setiap kali saya telan air liur saya terasa macam durian. Ye! Durian! Owh. Saya tidak makan durian. Tapi housemate tercinta telah memborong durian pada Ahad lepas dan akibatnya hidung dan tekak saya masih terasa kewujudan durian itu walaupun ia sudah tidak wujud di rumah ini. Saya pening~

Tadi saya telah ke kelas. Untuk sem ni kami hanya belajar di Studio Photography sebab hanya ada 3 orang je yang ambil subjek tu. Senang aku. Tak yah naik tangga tinggi-tinggi. Penat den! Tadi hanya aku dan MakCek Hana sahaja yang datang ke kelas. Sorang lagi tu tak datang mungkin sebab hujan tadi. So, apa lagi. Kami menggedik lah dalam bilik tu. Lect.?? Owh. Dia dengan dunia dia. Hahaha! Tak adalah. Disebabkan kami berdua tidak menyiapkan 60 sketches yang telah diamanahkan minggu lepas, kami berdua telah disuruh untuk menyiapkannya. Tapi, macam lah kami buat sangat. Masing-masing tiada idea atau dengan kata lain kami tak tau apa yang lect. tu nak sebenarnya. Maka, semuanya hanya hentam keromo [Betul ke aku eja??]. Dan apa lagi, kami mula lah menggedik! Tapi dalam masa yang sama pasang telinga kot-kot tiba-tiba diterjah oleh lect. tersayang. Mampus kami [Tipu je, tak kan mampus lah].

Owh ya, tadi dapat present dari China. Sapa lagi yang bagi kalau bukan MakCek Hana. Dia kan baru balik menggedik dari China. Aku dapat handbag. Malas pulak nak tangkap gambar beg tu. Apa-apa pun terima kasih MakCek Hana. Boleh pakai bila keluar dating nanti. Mesti nampak ayu dan cun melecun. [Perasan nak mampus kot minah ni]



Ini gambar sudah lama. Masa dekat Sungei Wang ari tu. Saja menggedik nak tengok Hello Kitty. Tapi sayang masa tu tak bawak DSLR gedabak tu. Tak dapat nak tangkap gambar secara rakus. Tapi, serius aku cakap. Mascot Hello Kitty itu sangat tidak kiut. Dan aku tidak terasa teringin lansung untuk membayar RM10 dan tangkap gambar bersama Hello Kitty tu. Hahaha!



3 comments:

haniey said...

nape tak ajak lecturer tu menggedik same?
mesti besr...
:P

myzatulHanim said...

woo.
bhy kl lect. pun join sm.
kang gmbr dia yg lebih.
ahaha!

myzatulHanim said...

woo.
bhy kl lect. pun join sm.
kang gmbr dia yg lebih.
ahaha!