Ohhh, Titanic. Masa entri ni ditaip, aku tengah syok layan Titanic dekat TV2. Rindu betul dengan cerita ni. Teringat masa sekolah rendah berebut-rebut dengan anak jiran nak tengok cerita ni. Paling tak dapat lupa bila part si hero lukis gambar si heroin. Masing-masing kene tutup mata. Underage tahu.
*Aishh, bising pulak fireworks kat luar ni.
Hari ni aktiviti dipenuhkan dengan melabur duit ke tempat-tempat yang tidak patut. Aishhh. Rasa sangat menyesal sekarang. Bajet dah banyak lari. Belum masuk bulan baru pun lagi tapi duit dalam bank dah makin berkurang. Salah satu kelemahan aku yang sangat susah untuk dibaiki. Tolonglah, kepada sesiapa yang ada tip-tip untuk kurangkan belanja and tip-tip untuk control duit tolonglah bagi tahu atau ajar aku. Aku sangat2 lemah dan jahil dalam bab-bab yang berkaitan dengan duit. Bagilah berapa saja kepada aku. RM1k, RM10K, aku boleh habiskan dengan sekelip mata saja.
Elaun yang aku dapat sekarang dikira agak banyak berbanding kawan-kawan aku yang lain. Aku sememangnya sangat beruntung. Sangat-sangat dan aku sangat bersyukur. Banyak kali aku cuba untuk control duit-duit tu and every month mesti aku akan buat kira-kira tapi akhirnya mesti aku gagal dan bila hujung bulan mesti aku akan tercungap-cungap. Haishhh. T____T
*Nizam Kambing ni gila sengal. Sakit perut aku ketawa. HAHAHA!
Nilah antara benda yang aku dah beli dengan tidak disengajakan. Membeli bertemankan nafsu memang sangat diharamkan. Kesan jangka panjangnya sangat buruk. Silalah jangan ikut tabiat buruk aku ni. Jangan sesekali dicontohi. Di bawah ni hanya sebilangan saja. Yang lain malas nak upload and tak penting pun. Saja nak entri ni bergambar sikit. Boring pulak bila entri tak ada gambar ni.
Big Apple, handbag and earphone. Big Apple yang sentiasa menjadi pujaan. Handbag yang sentiasa menjadi kegilaan. Antara benda yang susah aku nak tolak bila dah ada depan mata dengan harga yang sangat menggilakan. Earphone yang sangat cute macam chocolate smarties. Sangat cute dan semestinya aku pilih warna kegemaranku pink. Harga? Sila percaya ianya hanya berharga RM9. Until now bila terpandang earphone rasa nak sumbat dalam mulut je. Smarties.
Dah-dah. Kesimpulannyaaaa. Ermmm, entahlah. Tak tau nak simpulkan apa. Yang aku tau aku ni seorang yang boros and cerita Nizam Kambing ni memang buat perut aku sakit. Gila lawak sehhhh.
Goodnight and agak-agak rasa tak nak tidur jangan lupa tengok The Hunted Mansion okeeh. Ni lagi satu cerita sengal kot.




9 comments:
bila tgk picha u...
tiba2 i mo beli big apple..
aiyo!!
terpengaruh dengan picha...
banyak sangat kot cite bez malam ni..hehe..
belanja leklok ye che haneem...huhu
I want to quote your post in my blog. It can?
And you et an account on Twitter?
a d r e y n i e e l i s y a ;
HAHAHA. Beli jgn xbeli. sedap sgt woo ini big apple. lagi2 oreo n chesee.
=)
Jijie;
mmg banyak pun jijie. smp xlarat nak tgk dah. aishhh. bab belanja ni failed lah.
=(
the hunted mansion... :)
big apple tu
sgt suke quilted handbaggg! :)))
and earphone tuh sumpah comel. mcm mentos pon ade. lol.
hahaha !! beli 3 igek jak big apple . . kuang3 . . the alien an al'pine nyaman giwk . . oreo yaa besa jak . . !
Post a Comment